www.centex-sarawak.my
Search

Membudayakan Usahawan Binaan Sebagai Kerjaya

Seramai 50 orang pelatih dari Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS) Lundu dan Kuching telah menghadiri satu seminar keusahawanan yang diadakan di Majlis Daerah Lundu. Seminar bertajuk ‘Membudayakan Usahawan Binaan Sebagai Kerjaya’ ini adalah anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kerjasama CENTEXS dan Majlis Daerah Lundu. Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih-pelatih mengenai bidang keusahawanan tertutamanya penekanan dalam memulakan kerjaya sebagai usahawan di dalam bidang pembinaan. Selain daripada itu wakil CIDB yang memberi seminar turut berkongsi ilmu mengenai cara-cara untuk memulakan dan memperkembangkan perniagaan dalam bidang keusahawanan dengan pelatih-pelatih. Seminar ini turut dihadiri oleh wakil dari Majlis Daerah Lundu dan juga CENTEXS.
Related Info