www.centex-sarawak.my
Search

Program Pemerkasaan Usahawan : Industri Makanan

15 Februari 2017 , LUNDU – Bertempat di Dewan Masyarakat Lundu , Program anjuran Kementerian Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan , Perdagangan dan Pelaburan Sarawak iaitu Program Pemerkasaan Usahawan : Industri Makanan telah di adakan dan di rasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awan Tengah Ali Hasan , Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak. Majlis itu turut dihadiri YB DATUK AMAR HAJI MOHD ASFIA AWANG NASSAR: Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, YB DATUK HAJI JULAIHI NARAWI : Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Promosi dan Pelaburan) Sarawak dan YB DATUK HAJI MOHD NARODEN HAJI MAJAIS: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) dan Menteri Muda Perancangan Sumber Sarawak. YB Datuk Amar Haji Awang Tengah menyatakan kepada media sebuah taman perindustrian akan dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri N03 Tanjong Datu untuk memperkasakan sosioekonomi penduduk di Lundu dan Sematan amnya dan akan mula dibangunkan pada tahun 2017 di bawah Rancangan Malaysia ke sebelas (RMK11). Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Taman Perindustrian Lundu itu akan mula dibangunkan pada tahun ini di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11). “Kita telah mendapat peruntukan sebanyak RM20 juta yang diluluskan oleh bekas Ketua Menteri Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebelum ini untuk melaksanakan fasa pertama taman perindustrian ini yang berkeluasan 32 ekar. “Sekarang kita dalam proses memuktamadkan tapak dan dengan adanya peruntukan yang sudah disediakan, saya yakin taman perindustrian ini boleh mula dibangunkan pada tahun ini,” katanya semasa merasmikan Program Pemerkasaan Usahawan: Industri Makanan di Dewan Masyarakat Lundu di sini, semalam. – dari Utusan Borneo. Majlis di hadiri oleh 500 peserta daripada golongong masyarakat tempatan dan 33 daripadanya adalah pelatih CENTEXS yang telah di jemput oleh Majlis Daerah Lundu untuk memeriakan program tersebut.
Related Info