www.centex-sarawak.my
Search

Lawatan Datuk Hajah Fatimah Abdullah

Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah melakukan lawatan kerja rasmi ke CENTEXS bersama rombongan rasmi beliau. Kedatangan Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah yang juga merupakan Menteri di Kementerian Kebajikan Wanita dan Pembangunan keluarga disambut meriah oleh Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS , Tuan Haji Syeed Hussien Wan Abdul Rahman bersama Pengurusan , kakitangan dan pelatih-pelatih CENTEXS . Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Yayasan Sarawak iaitu Tuan Haji Azmi Bin Bujang. Lawatan beliau bermula dengan pembentangan korporat daripada Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS untuk memberikan maklumat dan perkembangan CENTEXS sejak ia ditubuhkan pada 2014. Selepas pembentangan korporat tersebut , Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah di jemput untuk memeriahkan majlis menyambut lawatan kerja rasmi beliau. Dalam ucapan alu-aluan beliau ada menyatakan rasa kagum dengan apa yang CENTEXS lakukan untuk belia-belia negeri Sarawak.Beliau juga menekankan bahawa pentingnya belia-belia di Sarawak untuk gigih mencari pekerjaan di zaman yang serba mencabar ini. YB Datuk Hajah Fatimah turut memuji kaedah yang CENTEXS terapkan iaitu memberi jaminan kepada pelatih-pelatih bahawa mereka akan di tawarkan pekerjaan oleh rakan industri yang terlibat sekiranya berjaya menghabiskan program dengan cemerlang di CENTEXS. Selesai sahaja majlis tersebut , Yang Berhormat telah dijemput untuk melawat bengkel-bengkel latihan yang ada di CENTEXS.
Related Info