REPLIKA: Adenan bersama Jamilah (enam kiri) mendengar penjelasan tentang model replika Centexs Kampus Lundu daripada Morshidi (empat kiri) sambil disaksikan Jabu (tiga kiri), Asfia (dua kanan) serta tetamu jemputan lain.
LUNDU: Belia Sarawak diingatkan supaya tidak bergantung kepada kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja tetapi melihat peluang dalam bidang kemahiran atau teknikal.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, bidang kemahiran atau teknikal bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan yang banyak malah gaji yang tinggi berbanding bidang lain.
“Kini dengan sijil SPM sahaja tidak mudah untuk mendapatkan pekerjaan, kita perlu ada kemahiran dalam bidang teknikal dan sebagainya, kerana ia menawarkan gaji tinggi.
“Kita tidak mahu belia kita menganggur sahaja, tidak berbuat apa-apa sedangkan di negeri kita khasnya Kuching banyak institusi latihan kemahiran diwujudkan dan seluruh negeri memerlukan pekerja mahir dalam bidang teknikal,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) kampus Lundu di sini, semalam.
Adenan berkata, dengan itu kerajaan membuat keputusan menubuhkan Centexs Kampus Lundu, bagi memberi peluang kepada belia melanjutkan pendidikan dalam bidang kemahiran yang ditawarkan.
Bagaimanapun katanya, ia tidak hanya kepada komuniti di Lundu atau Sematan sahaja tetapi belia dari bahagian lain boleh bersama-sama menuntut di kampus baharu itu nanti.
“Dalam usaha pembinaan kampus baharu ini, saya menggesa kepada pihak berkenaan supaya terus memulakan kerja pembinaan bermula esok (hari ini) dan tidak mahu ia ditangguhkan.
“Ini kerana saya telah memutuskan untuk memperuntukkan RM10 juta bagi tujuan pembinaan dan diharap disegerakan pembinaannya,” tegas beliau.
Beliau memberitahu, selain Centexs Kampus Lundu itu, kawasan Sematan-Lundu akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan kepada penduduknya dalam beberapa tahun akan datang.
Antaranya pembinaan Kolej Matrikulasi di Lapangan Terbang Lama Sematan bagi memudahkan pelajar di negeri ini dan tidak lagi berulang alik ke Labuan.
Sementara itu bagi projek Lebuh Raya Pan Borneo yang bermula dari Tanjung Datu katanya, ia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 September depan diikuti program Hari Malaysia pada keesokannya (16 September) juga di Sematan.
“Melalui acara seperti ini, kita berharap ia membuka peluang perniagaan kepada penduduk Lundu-Sematan di mana pasti ramai pengunjung datang.
“Bukan itu sahaja, bagi merancakkan lagi industri atau ekonomi masyarakat di sini, kita mencadangkan untuk membina Tebingan Sematan, yang mempunyai pemandangan sesuai serta menaik taraf Tebingan Lundu yang sedia ada,” katanya.
Adenan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu berkata, bagaimanapun perkara itu memerlukan peruntukan terlebih dahulu dan berharap penduduk dapat bersabar dengan pembangunan yang bakal dibina.
Majlis berkenaan turut dihadiri isteri beliau, Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Centexs Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani.
(Text excerpted from The Borneo Post)
In April 2017, The Right Honourable Chief Minister of Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg has announced a major paradigm shift in Sarawak development strategy namely Sarawak Transformation through the Digital Economy.
In line with the Sarawak State development strategy, CENTEXS has identified its part to support the Digital Economy in talent development by establishing the Digital Training Unit in June 2017.
CENTEXS Digital Training Unit focus is on the development of technical manpower that will create sufficient digital skills and human resource required for the Sarawak Digital Economy. In March 2019, the Chief Minister of Sarawak, has announced the establishment of the Digital Academy.
The Digital Academy is envisioned to play a crucial role in producing digital talent pool to the industry. The Academy is an Industry relevant education program, focusing on reskilling and upskilling training, targeting school leavers, university graduates and industry employees.
~We provide the best in its class technical training programs. They are beautifully designed, internationally industries certified and job tailored~
Yayasan Sarawak Chairman's View
His Excellency
The Governor of Sarawak
Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud
“The biggest opportunities lie in technical education. We will need more people with technical qualification. Technical and vocational education will be very challenging but then again the remuneration and rewards will be just as great. They will be our passage towards attaining a high-income society status by 2020.”
YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg
Chief Minister of Sarawak
“I applaud the collaboration between CENTEXS and Huawei to assist in the transformation of the State Economy toward Digital Economy. When we have the new technology, we can meet the needs of ASEAN and ASIA markets. Also, through this collaboration, Huawei will have laboratory outside China, in Sarawak, which we can name ‘CENHUA Lab’ (CENTEXS-HUAWEI) “.
Allahyarham YBhg Datuk Patinggi (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem
Former Chief Minister of Sarawak
“We are very much aware of the importance of Technical Education in our quest for industrialisation. We don’t have enough people to man our industries because we have not been emphasising on technical education. Nevertheless, it is not too late for us to focus on technical and vocational education. So, we can meet the needs of thousands of technical hands in our industries.”