LAWATAN: Morshidi (dua kanan) mengiringi Adenan serta isterinya Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu (kiri) melawat pameran mini yang turut memaparkan model bangunan Centexs Kampus Lundu.
LUNDU: Kerajaan negeri dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) merancang menubuhkan tiga kampus cawangan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) dengan anggaran kos sebanyak RM500 juta dalam tempoh lima tahun akan datang.
Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Centexs Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani berkata, ia adalah usaha kerajaan untuk terus memperkasa dan mempergiatkan pembangunan bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk Sarawak.
Menurutnya usaha itu tidak terhenti dengan penubuhan Centexs di Kuching di mana Kampus Lundu yang seluas 70 ekar merupakan cawangan pertama di tubuhkan.
“Manakala dua lagi cawangan Centexs pula dirancang untuk ditubuhkan di kawasan lain di Sarawak mengikut keperluan dan permintaan.
“Sementara Cantexs di Lundu akan menawarkan tujuh program iaitu Kimpalan 3G Plus, Kimpalan 6G Advance, Mekatronik, Jahitan, Wireman, Hospitaliti dan Scaffolding. Setakat ini seramai 60 belia telah mendaftar sebagai pelajar kumpulan pertama di Centexs Lundu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Centexs Kampus Lundu yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang di Jalan Lundu-Sematan di sini, semalam.
Tambah Morshidi, pelajar berkenaan akan memulakan pelajaran mereka pada September depan dan sebagai permulaan mereka akan belajar di Centexs Kuching sementara menunggu kerja-kerja pengubahsuaian kampus sementara siap.
“Kerajaan negeri telah memberi kebenaran kepada Centexs untuk menggunakan bangunan Pejabat Daerah Lundu yang lama sebagai kampus sementara, bagi menunggu kampus tetap siap pada tahun 2016,” katanya.
Beliau berkata dengan tertubuhnya cawangan Lundu itu, diharap lebih ramai para belia yang akan diberikan latihan kemahiran dan teknikal sekali gus menyediakan lebih ramai guna tenaga mahir diperlukan di negeri ini khususnya bagi projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Katanya dianggarkan Sarawak memerlukan seramai 350,00 pekerja mahir dalam bidang teknikal dan vokasional untuk mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030.
“Maka itu kita menyeru kepada belia dan masyarakat di sekitar daerah Lundu, Sematan dan Bau supaya mengambil peluang daripada insiatif kerajaan menubuhkan cawangan Centexs Lundu dengan mengikuti latihan kemahiran dan vokasional disediakan,” katanya.
Sementara itu mengulas mengenai Majlis Penganugerahan Penajaan PETRONAS kepada sekolah-sekolah di bawah Sekolah Amanah dengan Kerjasama Yayasan AMIR, ia bertujuan memacu transformasi pendidikan mapan di sekolah awam.
Morshidi berkata Petronas sebagai penaja akan menyalurkan penajaannya kepada sekolah terpilih untuk membiayai program seperti kursus pembelajaran dan pembangunan profesional para guru serta barisan kempimpinan sekolah.
Selain itu, ia termasuk pelaksanaan pelan penambahbaikan tahunan Sekolah Amanah, sistem pengurusan prestasi, program kokurikulum serta strategi untuk penglibatan ibu bapa dan komuniti.
(Text excerpted from The Borneo Post)
In April 2017, The Right Honourable Chief Minister of Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg has announced a major paradigm shift in Sarawak development strategy namely Sarawak Transformation through the Digital Economy.
In line with the Sarawak State development strategy, CENTEXS has identified its part to support the Digital Economy in talent development by establishing the Digital Training Unit in June 2017.
CENTEXS Digital Training Unit focus is on the development of technical manpower that will create sufficient digital skills and human resource required for the Sarawak Digital Economy. In March 2019, the Chief Minister of Sarawak, has announced the establishment of the Digital Academy.
The Digital Academy is envisioned to play a crucial role in producing digital talent pool to the industry. The Academy is an Industry relevant education program, focusing on reskilling and upskilling training, targeting school leavers, university graduates and industry employees.
~We provide the best in its class technical training programs. They are beautifully designed, internationally industries certified and job tailored~
His Excellency
The Governor of Sarawak
Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud
“The biggest opportunities lie in technical education. We will need more people with technical qualification. Technical and vocational education will be very challenging but then again the remuneration and rewards will be just as great. They will be our passage towards attaining a high-income society status by 2020.”
YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg
Chief Minister of Sarawak
“I applaud the collaboration between CENTEXS and Huawei to assist in the transformation of the State Economy toward Digital Economy. When we have the new technology, we can meet the needs of ASEAN and ASIA markets. Also, through this collaboration, Huawei will have laboratory outside China, in Sarawak, which we can name ‘CENHUA Lab’ (CENTEXS-HUAWEI) “.
Allahyarham YBhg Datuk Patinggi (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem
Former Chief Minister of Sarawak
“We are very much aware of the importance of Technical Education in our quest for industrialisation. We don’t have enough people to man our industries because we have not been emphasising on technical education. Nevertheless, it is not too late for us to focus on technical and vocational education. So, we can meet the needs of thousands of technical hands in our industries.”