www.centex-sarawak.my
Search

Pelancaran 5G Test Bed Yang Pertama Di Sarawak!

5G Test Bed dan Huawei Advanced Training Programme 2020 dilancarkan di Centre Of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS), Kuching. CENTEXS, Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) telah bekerjasama dengan Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), Huawei Technologies, MAXIS, SACOFA, EON Reality dan VALSA dalam menghasilkan program ini. 5G Test Bed ini merupakan salah satu langkah pendekatan progresif ke arah transformasi ekonomi digital oleh kerajaan negeri Sarawak selaras dengan Strategi Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 yang dirangka sehingga 2030. Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Menurut kenyataan Ketua Menteri Sarawak kepada The Borneo Post, tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menyediakan perkhidmatan teknologi 5G untuk rakyat Sarawak. Beliau berkata, “Ini mungkin memerlukan masa lima hingga 10 tahun untuk membangunkannya. Menjelang tahun 2030, kita akan mempunyai infrastruktur tersebut.” Ini merupakan beberapa gambar semasa upacara pelancaran tersebut:
Majlis Pelancaran ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan diadakan secara virtual bersama MAXIS, EON Reality dan Huawei.
 
SDEC akan melaksanakan pengembangan digital di Sarawak.
 
Salah satu hasil projek digital yang telah dihasilkan oleh CENTEXS.
   
CENTEXS Digital Hub juga merupakan satu makmal yang akan menguji keberkesanan digital di Sarawak.
 
Makmal yang diuruskan oleh SDEC.
 
Makmal yang akan menjadi pelaksana kepada penyelidikan daripada universiti-universiti.
 
Digital Gallery akan memaparkan inovasi yang telah dilakukan oleh CENTEXS.
 
Smart Home merupakan salah satu lab yang akan menjayakan 5G Test Bed.
(Taken from https://sukasuka.tv/)
Related Info