www.centex-sarawak.my
Search

Kursus “Community Technical Outreach Programme” CTOP Mampu Membantu Masyarakat Setempat Dalam Bidang Teknikal

Lundu, 27 Feb 2018 – Satu Majlis Penyampaian Sijil Peserta ‘Community Technical Outreach Programme” CTOP anjuran Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS) telah berlangsung di Dewan Masyarakat Lundu. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Datin Patinggi Hajah Jamilah Anu, Ahli Dewan Undangan Negeri N.3 Tanjung Datu. Majlis menyaksikan seramai 1038 peserta telah menyertai program CTOP yang bermula sejak 1 April 2016. Pada majlis tersebut dua (2) peserta telah terpilih untuk menerima Anugerah Khas Ikon CTOP dan Anugerah Khas Transformasi CTOP. CTOP merupakan kursus jangka pendek yang diadakan selama 1 hingga 2 hari dan dikendalikan oleh tenaga pengajar CENTEXS atau tenaga pengajar dari industri. Peserta yang telah mengikuti kursus akan diberikan Sijil Penyertaan dan tiada yuran dikenakan kepada peserta. Selain daripada itu, kursus CTOP tidak meletakkan had umur dan kelayakan akademik kepada masyarakat yang berminat. Ini telah membuktikan kejayaan dan pencapaian CENTEXS dalam membantu meningkatkan tahap kemahiran serta ekonomi kepada masyarakat setempat khususnya di daerah Lundu selaras dengan motto CTOP, “Strengthening Youth, Enriching Community”. Hadir sama ke majlis tersebut ialah YBhg Datu Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak merangkap Ahli Lembaga Pengarah CENTEXS, Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak merangkap Ahli Lembaga Pengarah CENTEXS, Encik Awang Putra Yusri bin Awang Redzuan, Pegawai Daerah Lundu dan Tuan Haji Syeed Mohd Hussien bin Wan Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS.
Related Info