www.centex-sarawak.my
Search

CENTEXS & ITEES Jalin Kerjasama Dalam Program Teknologi

KUCHING: Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama ITE Education Services Singapura (ITEES) di CENTEXS Kuching pada Selasa untuk menjalin kerjasama dalam bidang program teknologi. Objektif MoU ini adalah untuk membangun dan melaksanakan projek khusus bagi menyokong keperluan tenaga kerja di negeri ini yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman, CENTEXS komited untuk menyokong pencapaian wawasan Sarawak maju menjelang 2030 dengan sokongan dan kerjasama kerajaan, rakan kongsi strategik dan pemain industri. Jelasnya, hasratnya adalah bagi melahirkan belia yang mempunyai kemahiran serta kepakaran di samping memberi impak positif untuk penambahbaikan bidang teknologi yang berterusan. ITEES merupakan anak syarikat milik penuh Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Singapura yang ditubuhkan pada 2003 dengan objektif untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam pendidikan dan latihan kemahiran. Rakan-rakan kongsi ITEES datang daripada pelbagai latar belakang seperti kementerian kerajaan, institusi pendidikan, syarikat multinasional, perusahaan kecil dan sederhana serta individu dari rantau Asia, Afrika dan juga Timur Tengah. Hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif ITE Education Services Bruce Poh dan Pasukan Pengurusan Kanan CENTEXS. -EDISI UKAS (Souce: UKAS)
Related Info