Calling all registered/unregistered suppliers with the Contractor and Consultant Registration Unit (UPKJ)
Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal – pembekal yang berdaftar / tidak berdaftar dengan
Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) dalam Kategori dan Jenis Pendaftaran
yang berkaitan serta mempunyai tempoh pendaftaran yang sah untuk membuat tawaran bagi
kerja/bekalan & perkhidmatan berikut (jika berkenaan):
Terbuka kepada pembekal / kontraktor yang berdaftar / tidak berdaftar dengan Unit Pendaftaran
Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ). Deposit tender sebanyak dua perpuluhan lima peratus (2.5%)
daripada tawaran tender atau maksimum RM10,000.00 akan dikenakan kepada pembekal / kontraktor
yang tidak berdaftar dengan UPKJ. Disamping itu, deposit tender ini akan diserahkan dalam bentuk
draf bank atau jaminan bank sewaktu menghantar dokumen tender oleh pembekal / kontraktor
daripada bank yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.
Dokumen Tender yang berharga RM 100 satu set (tidak dikembalikan) hanya akan dijual kepada
pemilik atau wakilnya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pemilik / Rakan Kongsi / Pengarah
Syarikat. Pemilik atau wakilnya hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL UNIT PENDAFTARAN
KONTRAKTOR DAN JURUPERUNDING (UPKJ) (jika berkenaan), SIJIL ASAL PENGIKTIRAFAN
STATUS BUMIPUTERA (jika berkenaan) dan SURAT PERWAKILAN KUASA (jika berkenaan)
sebelum dokumen tender dijual kepada Pembekal / Kontraktor yang layak.
Bayaran yuran Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk TUNAI yang dibayar atas nama
CENTEXS.
Contoh Dokumen Tender boleh disemak & diperolehi mulai 19 Mei 2025 hingga 5 Jun 2025 pada
jam 8 pagi sehingga 5 petang pada waktu pejabat di alamat Centre for Technology Excellence
Sarawak, Jalan Sultan Tengah, Rampangi, Santubong, 93050 Kuching, Sarawak.
Dokumen Tender hendaklah dimasukkan sendiri oleh Pemilik / Wakil Syarikat / Firma ke dalam peti
tawaran tender dengan menggunakan sampul berlakri serta mempunyai catatan Nombor dan Tajuk
Tender pada bahagian atas sebelah kanan sampul. Dokumen Tender hendaklah diserahkan selewat lewatnya jam 12.00 tengahari
pada tarikh tutup 5 Jun 2025 di alamat seperti di bawah:-
Bahagian Kewangan & Perolehan
Centre for Technology Excellence Sarawak,
Jalan Sultan Tengah, Rampangi, Santubong
93050 Kuching, Sarawak