www.centex-sarawak.my
Search

Tender & Quotation Notice

  • Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal – pembekal yang berdaftar / tidak berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) dalam Kategori dan Jenis Pendaftaran yang berkaitan serta mempunyai tempoh pendaftaran yang sah untuk membuat tawaran bagi kerja/bekalan & perkhidmatan berikut (jika berkenaan):

 


NO NO. TENDER NAMA BORANG TENDER

PENDAFTARAN UPKJ
JENIS LESEN:

KERJA/BEKALAN & PERKHIDMATAN

(jika berkenaan)

KATEGORI/KELAS KEPALA SUB
KEPALA

1 CENTEXS NO.8/2025/Q3/(01) UPGRADING WORKS FOR DIGITAL AND GREEN ENERGY ACADEMY TECHNOLOGY HUB AT CENTEXS MUKAH

D (KERJA)

 

II        5

  • Terbuka kepada pembekal / kontraktor yang berdaftar / tidak berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ). Deposit tender sebanyak dua perpuluhan lima peratus (2.5%) daripada tawaran tender atau maksimum RM10,000.00 akan dikenakan kepada pembekal / kontraktor yang tidak berdaftar dengan UPKJ. Disamping itu, deposit tender ini akan diserahkan dalam bentuk draf bank atau jaminan bank sewaktu menghantar dokumen tender oleh pembekal / kontraktor daripada bank yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

 

  • Dokumen Tender yang berharga RM 250 satu set (tidak dikembalikan) hanya akan dijual kepada pemilik atau wakilnya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pemilik / Rakan Kongsi / Pengarah Syarikat. Pemilik atau wakilnya hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN JURUPERUNDING (UPKJ) (jika berkenaan), SIJIL ASAL PENGIKTIRAFAN STATUS BUMIPUTERA (jika berkenaan) dan SURAT PERWAKILAN KUASA (jika berkenaan) sebelum dokumen tender dijual kepada Pembekal / Kontraktor yang layak.

 

  • Bayaran yuran Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk TUNAI yang dibayar atas nama CENTEXS.

 

  • Contoh Dokumen Tender boleh disemak & diperolehi mulai 11 September 2025 hingga 25 September 2025 pada jam 8 pagi sehingga 5 petang pada waktu pejabat di alamat Centre for Technology Excellence Sarawak, Jalan Sultan Tengah, Rampangi, Santubong, 93050 Kuching, Sarawak.

 

  • Dokumen Tender hendaklah dimasukkan sendiri oleh Pemilik / Wakil Syarikat / Firma ke dalam peti tawaran tender dengan menggunakan sampul berlakri serta mempunyai catatan Nombor dan Tajuk Tender pada bahagian atas sebelah kanan sampul. Dokumen Tender hendaklah diserahkan selewat-lewatnya jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup 25 September 2025 di alamat seperti di bawah:-

 

Bahagian Kewangan & Perolehan

Centre for Technology Excellence Sarawak,

Jalan Sultan Tengah, Rampangi, Santubong

93050 Kuching, Sarawak

 

  • Dokumen tender yang diterima selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.

 

  • CENTEXS tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tersebut.